Selepas Herbalife

Tuesday, 19 June 2012

MISI KU BERJAYA

Alhamdulillah misi ku berjaya... bukan setakat habis stok tapi siap kena order lagi..
Semakin popular herbalife ni..Kebanyakan yang ambil ni adalah utk program menguruskan berat badan..maksud disini ialah "berlebihan berat badan" yang utk gain weigh pula hanya sorang dua je..
so Sila amik maklum k.

"Di Malaysia ni lebih ramai kita jumpa orang yang berlebihan berat badan dari yang kurang berat badan" SETUJU TAK????????


Sebab tu ramai yg ambil utk kurus dan juga utk menjaga kesihatan dalaman.
Perasan tak Orang yang lebih berat tu ada masalah kencing manis, darah tinggi dan Jantung???

Semua berpunca dari pemakanan yang tidak sihat...fast food adalah sebab utamannya. Nasi??? ok let me explain u olls.Nasi tidak membuatkan kita gemuk sekiranya kita mengambil dalam kuantiti yang sepatutnya..yang menjadikan u olls gemokss disebabkan berlebihan mengambil nasi tersebut... cukup lah kita mengambil nasi sekali sehari.Yang lain tu kita gantikanlah dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. sekali sekala mengambil fast food tidak menjadi masalah tetapi dengan pengambilan yang kerap dpt menjadikan u olls gemokss tau...saya rasa semua org tahu makan lebih boleh wat jadi gemuk.

TAPI KENAPA????? ANDA BUAT JUGA?? SEBAB TAK TAHAN KAN?

betul tak apa yang saya tulis diatas tu? betul kan? dah tahu tapi still gak buat..
Sebenarnya anda tidak berjaya mengawal dalaman anda....Maksud disini NAFSU, HATI, OTAK(mind)  dan seangkatan dengannya..

Amalkan tips-tips ni sekiranya anda mahu berjaya.

Simple jerrr.Nie lah yang aku buat selalu.

1) Seseorang yang sentiasa berfikiran positif sentiasa berjaya untuk mencapai matlamat diri. anda tahu nape?
    Sebab bila kita sebut "AKU BOLEH BUAT" or AKU MESTI BOLEH MACAM ORG LAIN   JUGAK"   kita secara tidak langsung akan menghantar isyarat ke otak dan otak akan memberi tindak balas balik melalui perbuatan kita secara positif.

2) Kita hendaklah sentiasa melawan nafsu negatif dalam diri kita. maksud disini kita hendaklah sentiasa mensucikan hati kita dengan berzikir dan sewaktu dengannya.Oleh yang demikian insyaAllah kita akan berjaya melawan nafsu jahat tersebut. Terutamanya nafsu makan bila nampak makanan yang sedap2, sudahnya habis diet anda dek kerana godaan nafsu tersebut.. Cuba wat mcm ni, kita manipulasikan otak kita.." makanan tu nampak je sedap tapi kandungan kalorinya cukup tinggi OHHHH TIDAK!!!! aku tidak akan mengambil makanan tersebut...." so selamatlah diet anda betul tak..

3) Kita kena Muhasabah selalu, kita kena selalu set di mind kita benda-benda yang positif. Kena kuat semangat. Kita kena bercakap dengan diri sendiri dan fikir balik apa yang perlu kita buat. Dan siapalah kita suatu hari nanti, sedikit sebanyak akan sentiasa mengingatkan kita kepada niat asal kita.

Ok ..rasanya cukup dah tips utk hari ni.sok sambung lg k..kalau rajin le, hihihi
Wish u olls gud luck with Herbalife.

No comments:

Post a Comment