Selepas Herbalife

Thursday, 10 January 2013

Sentap Jantung, Lemah lutut

Adik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tersentap jantung, menggeletar lutut mama dik nampak adik eksiden dgn kete depan mata.
YA Allah anak ku..

Semalam...
Kejadian depan mata yang sangat buat saya ????????????????????/ tak tahu nak describe mcm mana dah..
kejadian anak eksiden dgn kete depan umah sendiri.
Nasib tak serius, hanya luka kecil sahaja.Syukur Alhamdulillah. Namun masih memerlukan pemantauan.

Mama Sayang adikk dan kakak lebih dari diri mama sendiri..

Kepada pengguna yang selalu melalui taman perumahan diharap dapat memperlahankan kenderaan anda kerana kanak-kanan sering bermain di tepi-tepi jalan.Please!!!!!!!! kejadian ini betul2 membuatkan saya dgn suami sentiasa memantau pergerakan anak2 kami sama-sama lah kita.

Nie lah si manja mama>>>>>>>>>>>

Kepada pihak yang berkenaan saya memohon sangat2 bukan saya saja tapi ini adalah permintaan penduduk Taman Padu Permai.!!!!!!!!! adakan lah bebendul jalan itu segera.
BIziiiiiiiiiiiiiiii...


Semalam hari yang memenatkan...tersangat-sangat penat.

Dalam sehari menguruskan order dari pengguna baru....nasib diorang terus wat payment senang nak order online..Balik keje sempat solat je pastu bekejar pulak jumpa pengguna baru di tanjung karang....dan yang paling menyedihkan time-time cam ni lah Penimbang TANITA tu rosak.....huhuhuhu sedey sangat tau, sedih..

Kepada Liza harap dapat pantau mak ye....semoga dengan pengambilan herbalife ni dia semakin ok..Untuk pengetahuan semua, sekali lagi saya nak ingatkan DISINI>>>>>>>>>>>>>> Herbalife bukan Ubat. Dan ia tidak bertujuan untuk menyembuhkan apa-apa penyakit.

Hanya dengan pengambilan makanan yang penuh nutrisi badan kita akan bertindak balas positif kerana mendapat sumber-sumber vitamin dan khasiat..Sembuh sesuatu penyakit itu hanyalah dengan izin ALLAH SWT...Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal.

Kepada Sue....harap bersabar mungkin barang tu akan sampai esok coz smlm order dah petang.huhuhu.Dan diharapkan dapat baca e-mail kak sblm ni tentang cara-cara pengambilan Herbalife...

Saya doakan anda semua sihat dan dapat mencapai target masing-masing.

Balik Tanjung Karang pi singgah Sekinchan Makan Mee Celoppppp...memang the best.First time rasa terus jatuh cinta......misi diet harus diteruskan. BUKAN DIET UNTUK NAMPAK CANTIK SAHAJA TETAPI DIET UNTUK KEKAL SIHAT.....betul tak?

Tuesday, 8 January 2013



Ehem ehem,,, ni gambar terkini u ollssss.

Amacam ada apa-apa perubahan tak or still maintain. Sebenarnya maintain je.Petuanya adalah dengan sentiasa amalkan tea mix dan shake walaupun pengambilannya hanya sekali sehari tapi!!!!!!!!!!! kesannya SUPERBBSSS kan.uhuk uhuk...

Nak tgk lagi tak gambar-gambar terkini....me and hubby.

My kids....sama besar dah kakak dgn mamanya.

Ok....kepada pembaca semua...kami seperti gambar diatas (semua dalam gambar diatas) adalah pengguna setia Herbalife Shape works...jangan tak caya.
Kami sekeluarga amalkannya untuk menjaga kesihatan dalaman kami in Sya Allah.Semoga Allah permudahkan dan memberikan kesihatan yang baik kepada kami.

Apa yang saya ingin tegaskan disini,,,,HARGAILAH KESIHATAN ANDA SEMENTARA ANDA MASIH SIHAT" kerana masa ini lah anda akan merasai nikmatnya hidup yang sebenar. Kita dapat mengerjakan ibadat dengan selesa, dapat happy-happy dgn family dapat buat aktiviti yang kita suka..SETUJU TAK???? cuba kalau kita sakit macam mana??

RENUNG-RENUNGKAN LAH YE...

Bila dah sakit kita kena kuar duit utk mengubati penyakit itu, selain itu kita juga perlu menanggung azab sakit.Lebih baik kita mencegah penyakit itu dari sekarang betul tak???

DUIT KITA BOLEH CARI TAPI KESIHATAN????? BILA DAH SAKIT DUIT MEMBUKIT PUN DAH TAK RASA NIKMATNYA SEBAB BADAN SAKIT....masa tu baru nak menyesal.

Meh kita sama-sama mencegahnya dari sekarang ye pembaca2 semua. Ini lah adalah pendapat ikhlas dari saya..

TERKINI MAKLUMAT PENTING!!!!!!

Kepada semua pembaca-pembaca anda boleh dapatkan maklumat terkini herbalife dalam post2 saya yang sebelum ini ye....Macam-macam ada..

Lately ni banyak sangat pertanyaan dari pengguna2 baru, so pada yg dekat leh lah terus berjumpa dgn saya dan pada yg jauh2 tu leh lah tgk dalam blog saya ni atau pun saya akan hantar e-mail apa yang sepatutnya anda tahu berkenaan herbalife... E-mail akan dihantar hanya kepada ahli2 dibawah saya sahaja ok!!!! kalau nak boleh lah register dulu ahli dgn saya ok!!!!



Urusan Pendaftara untuk menjadi ahli akan dilakukan secara online mudah kan.... saya akan uruskan semuanya,

Anda hanya perlu e-mailkan pada saya 
1) IC depan dan belakang
2) Alamat terkini
3) Waris
4) Alamat E-mail

Register ahli RM98 + RM 15 untuk postage Kit bag = RM113

Tuesday, 19 June 2012

MISI KU BERJAYA

Alhamdulillah misi ku berjaya... bukan setakat habis stok tapi siap kena order lagi..
Semakin popular herbalife ni..Kebanyakan yang ambil ni adalah utk program menguruskan berat badan..maksud disini ialah "berlebihan berat badan" yang utk gain weigh pula hanya sorang dua je..
so Sila amik maklum k.

"Di Malaysia ni lebih ramai kita jumpa orang yang berlebihan berat badan dari yang kurang berat badan" SETUJU TAK????????


Sebab tu ramai yg ambil utk kurus dan juga utk menjaga kesihatan dalaman.
Perasan tak Orang yang lebih berat tu ada masalah kencing manis, darah tinggi dan Jantung???

Semua berpunca dari pemakanan yang tidak sihat...fast food adalah sebab utamannya. Nasi??? ok let me explain u olls.Nasi tidak membuatkan kita gemuk sekiranya kita mengambil dalam kuantiti yang sepatutnya..yang menjadikan u olls gemokss disebabkan berlebihan mengambil nasi tersebut... cukup lah kita mengambil nasi sekali sehari.Yang lain tu kita gantikanlah dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. sekali sekala mengambil fast food tidak menjadi masalah tetapi dengan pengambilan yang kerap dpt menjadikan u olls gemokss tau...saya rasa semua org tahu makan lebih boleh wat jadi gemuk.

TAPI KENAPA????? ANDA BUAT JUGA?? SEBAB TAK TAHAN KAN?

betul tak apa yang saya tulis diatas tu? betul kan? dah tahu tapi still gak buat..
Sebenarnya anda tidak berjaya mengawal dalaman anda....Maksud disini NAFSU, HATI, OTAK(mind)  dan seangkatan dengannya..

Amalkan tips-tips ni sekiranya anda mahu berjaya.

Simple jerrr.Nie lah yang aku buat selalu.

1) Seseorang yang sentiasa berfikiran positif sentiasa berjaya untuk mencapai matlamat diri. anda tahu nape?
    Sebab bila kita sebut "AKU BOLEH BUAT" or AKU MESTI BOLEH MACAM ORG LAIN   JUGAK"   kita secara tidak langsung akan menghantar isyarat ke otak dan otak akan memberi tindak balas balik melalui perbuatan kita secara positif.

2) Kita hendaklah sentiasa melawan nafsu negatif dalam diri kita. maksud disini kita hendaklah sentiasa mensucikan hati kita dengan berzikir dan sewaktu dengannya.Oleh yang demikian insyaAllah kita akan berjaya melawan nafsu jahat tersebut. Terutamanya nafsu makan bila nampak makanan yang sedap2, sudahnya habis diet anda dek kerana godaan nafsu tersebut.. Cuba wat mcm ni, kita manipulasikan otak kita.." makanan tu nampak je sedap tapi kandungan kalorinya cukup tinggi OHHHH TIDAK!!!! aku tidak akan mengambil makanan tersebut...." so selamatlah diet anda betul tak..

3) Kita kena Muhasabah selalu, kita kena selalu set di mind kita benda-benda yang positif. Kena kuat semangat. Kita kena bercakap dengan diri sendiri dan fikir balik apa yang perlu kita buat. Dan siapalah kita suatu hari nanti, sedikit sebanyak akan sentiasa mengingatkan kita kepada niat asal kita.

Ok ..rasanya cukup dah tips utk hari ni.sok sambung lg k..kalau rajin le, hihihi
Wish u olls gud luck with Herbalife.

Friday, 15 June 2012

MISI HERBALIFE

Hari ni, setelah berkurun lamanya tak mengupdate blog..tetiba rasa macam kena rasuk lak nak mengentry di blog ni agak-agak korang kenapa ye????? MEH AKU CITER DISINI.. Sejujurnya aku telah mendapat banyak kelebihan dari Herbalife ni.. benda yang tidak disangka kini menjadi sumber rezeki buat kami sekeluarga Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Sebab Utama:- 1) Untuk diri sendiri dan keluarga. -Alhamdulillah kami diberikan kesihatan yang baik setelah consume herbalife ni. 2) Ramai testimoni memberikan reaksi yang positif setelah mengambil herbalife. Banyak perubahan-perubahan yang diorang rasakan. Kebanyakan mereka terus jd ahli setelah merasakan kelebihan dan perubahan pada diri mereka setelah mengambil herbalife ni.Ini adalah bg membantu mereka mendapat diskaun dari 25% hingga 50% sbb mereka tahu mereka perlu ambil herbalife ni untuk jangka masa panjang...TAPI!!!!!!!!!! ini bukan bermakna mereka bergantung kepada herbalife tetapi mereka memikirkan kesihatan diri mereka.Untuk mereka yg telah lama menghidapi sesuatu penyakit mereka telah sedar yg mereka juga perlukan masa untuk pulih semula.Jestru itu mereka menjadi ahli untuk mendapatkan harga yg murah.Anda perlu tahu disini'
"HERBALIFE ADALAH NUTRISI DAN BUKAN UBAT"
Dengan mengamalkan nutrisi yang sihat secara tidak langsung badan kita kan bertindak balas positif"
dah kita bagi benda yang baik mestilah dapat balasan yang baik juga kan.

. Petang ni ada misi yang harus diteruskan...tunggu ye kakak2 dan makcik2.

Wednesday, 7 December 2011

Cuti-cuti Malaysia

Wah tajuk macam nak gi obersea..padahal nk balik lipis je pun..

Lama dah aku tak update blog ni..maklumlah sibuk sesangan dgn kerja yg menimbun-nimbun macam kerja kt kilang jer aku rasa.huhuhu.

DAN BUSY pasal ada ramai customer baru Herbalife..
bulan ni jer ada 2 org cikgu yang berminat nk menjaga kesihatan diorang dengan herbalife...
alhamdulillah masing-masing dah ada kesedaran..nie pun bila dh bermacam-macam penyakit timbul..
Tak apa its okey..better late than never right???sekurang-kurangnya kita ikhtiar dulu..

Stok Herbalife dah habis sbb smlm custumer yg dtg tu terus beli 1 set setelah mendengar penjelasan aku..aku bukan nak untung k..untuk berkongsi-kongsi pengalaman dan pengetahuan jer..
Dan yang paling tak sangka kakak tu terus nk jd ahli..
alhamdulillah..

Semoga berjaya ye kak..

Sunday, 24 July 2011

hari nie hari senin

hihii mcm lah org len lupa ari nie ari pe.... 25 julai 2011 ye ye ye hari ni hari gaji hari menghabiskan duit utk bayar segala hutang piutang..

sekejap duit habis oooo..

pagi ni masuk je keje aku buat muka selamba.lantak diorang lah nk ckp pe.. aku buat hal aku sendiri.

Last-last diorang yg tegur aku...selalunya org yg bersalah je yg rasa mcm tu betul tak????
memang betul..

Pada aku biar lah aku mengalaha kerana maksudnya tak semestinya aku yg salah atau aku kalah..
kita menang kerana mampu melawan amarah kita..

Terima kasih ya Tuhan kerana beriku kekuatan menghadapi semua ini. Terima kasih banyak2 kepada abang kerana beri semangat pada mama dimasa mama betul-betul tak terdaya...

Pesan abang buat je mana yang termampu jangan terlampau tunjuk sgt kepandaian dan kecekapan kita pd org...
"Betul betul" mama setuju.
lagi kita tunjuk lagi lah org semakin dengki..

lantak lah korang...
TUHAN ITU MAHA ADIL...
YEAH
YEAH YEAH...
MAMA DPT SEMANGAT BARU HARI INI....
LUPAKAN YG LAMA ..MULAKAN HIDUP YANG BARU.

Biarlah diorang dgn sikap dan perangai diorang tu yang diorang rasa betul teramat-amat..

I Have No komen...

pas nie aku buat hal aku. aku nak jd apa lantak aku. Apa korang kesah???????

APA YANG PENTING AKU DAN FAMILY BAHAGIA..DGN SUAMI DAN ANAK-ANAK TERSAYANG.

Friday, 22 July 2011

Patutnya hari ni hari yang indah tp sebaliknya..

Ish ish ish ish

aku nak nangis dulu puas2 aku kan ciwek..
org tak faham apa yang aku rasa.Cuba lah diorang berada kat tempat aku tahulah diorang mcm mana rasanya..

Aku rasa lepas ni semua keje aku kena buat sendiri dah. Dah tak payah minta tolong kat diorang nie
benda kecik tp jd isu besar.
Ala sudahnye aku jugak yg kena buat...

Ye lah aku ni garang.Suka buat org kecik hati....hati org aku kena jaga tapi hati aku WUAaa wua wua
'HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI'

lepas nie apa-apa hal aku malas nk libatkan diorang
biarlah keje lambat ke apa ke .....aku jugak yg kene..

Apa guna jd Ketua klu tak boleh bg keputusan yang tegas????
Betul
Ada ke penyelesaiannya "kita buat sama-sama"
"kita selesaikan sama-sama"

Ermmm sampai sudah memang tak ada nya.
nanti sudahnya AKU JUGAK...


HAH yang lain tu duduk je lah lebarkan bontot tu lagi
PRA pun dah naik lemak dah sekarang
Amboi...amboi...
"Ye lah berlagak macam faham tapi sebenarnya ko tak Faham"

Aku Berserah Je Lah..OH TUHAN...Engakau Ampunkan lah Hamba mu ini, Engkau Tabahkanlah hati hamba mu ini.Berikanlah kesihatan yang baik supaya aku boleh melaksanakan amanah mu Ya Allah...
Tetapkanlah Iman ku dan berkatilah apa yang telah aku laksanakan...

Thursday, 21 July 2011

PROJEK MENJELANG RAMADHAN

Nie lah projek yang aku jalankan menjelang syawal....

ye...TEMPAHAN BAJU KURUNG Alhamdulillah tempahan tak putus-putus tapi aku lah yg tak larat nak mengejornye... rutin harian..

07.00 pagi anta anak gi sekolah pas tu keje keje dan keje
12.50 amik anak
1.30 ambik anak 5 thn utk hantar ke tadika sebelah ptg then antor kakak dia sekolah agama lak pas tu masuk opis balik sambung keje lagi
05.00 balik keje pas tu amik anak yg tadika tu then balik uman mandi dan solat
05.40 amik anak sekolah agama
06.15 mengajor anak mengaji
06.30 buat minum petang pas tu BERMULALAH AKTIVITI MENJAHIT AKU.....
12.00PM BERENTI MENJAHIT GOSOK BAJU SEKOLAH ANAK2 DAN AKU..

esok rutin yg sama aku buat..

kenalah berkorban tenaga demi mencari duit raya hihihihi... nanti aku upload ye gambar baju2 yg telah aku jahit tu....

MURAH JE TEMPAH MENJAHIT BAJU DENGAN AKU NIE....

1) BAJU KURUNG TANPA PIPING RM 28.00
2) BAJU KURUNG DENGAN PIPING RM 30.00

Thursday, 14 July 2011

Alhamdulillah

Hari nie best sangat sebab kawan-kawan dan saudara mara yg consume HL ni banyak perubahan ANTARANYA:-

1) Berat turun - Itu sudah pasti kalau betul-betul disiplin
2) Sakit Tumit - Makcik ,sakit rumit kakai dah beransur kurang
3) Tak Period setahun (Implan)- Sekarang dah period semula "Happy Sangat" adik aku nie.
4) Tak Period (pil perancang) - dah period semula setelah 2 bln lebih tak period alhamdulillah
5) Visceral Fat - Kakak nie dah amik 3 bln HL. pagi nie timbang dah turun dr 7 ke 6.
6) Walau berat tak turun tapi badan terasa ringan macam mana tu ek??????


SO APA TUNGGU LAGI.....SEDARLAH SEKARANG WAHAI MANUSIA.Kesihatan mesti diutamakan.

Monday, 27 June 2011

STOK BARU HERBALIFE..

Tolong tolong.....
Stok dah habis lagi huhuhuhu.


pe lagi..
buat order baru untuk penutup bulan jun ni hihi..

6 set sekali u ollssss...
ini pun dh ada yg booked.
alhamdulillah masing-masing dh sedar tahap kesihatan masing-masing...

SAMA-SAMALAH KITA JAGA KESIHATAN..
LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MENGUBAT...

Tuesday, 21 June 2011

HARI INI DALAM SEJARAH..

Best betul tau dgn Herbalife..

U ollls..
Hari ni nak share satu citer...

Alkisah ditengahari tadi, tetiba je rasa nak timbang guna penimbang baru tu TANITA.

Ermm suspen jer.ye lah mana taknya amik shake sekali je sehari sebab nak maintain weigh dan untuk bekalkan badan dengan nutrisi..tapi yang tak sangkanya berat terus turun

54 kg
Sblm ni paling kurang pun 54.3 kg...mungkin ni sebab saya minum air cukup dan kadang2 terlebih.

Kepada pengguna herbalife silalah minum sebanyak mana yang boleh, ini kerana ianya membantu proses penurunan dlm bdn anda...contoh macam SAYA.

"Ya Ya Silalah CONTOHI saya" yang baik je lah ye kikiki.

Oh ye lagi satu ni nk stori mori nie..
1) Nenek i yg amik herbalife 2 minggu lalu kini semakin menampakkan perubahan positif...mula-mula dia alami simpton-simpton seperti berikut:
* Pening kepala (pusing)
* badan berpeluh
* tak sedap badan.

Dan untuk pengetahuan semua nenek saya berumur 82 tahun dan dah lama menderita penyakit:-
1) Tekanan Darah Tinggi
2) Paru-Paru rosak (Perokok)
3) Strok (minor)
- sembanyang pun duduk.

Sekarang dia rasa
* badan segar
* merokok dah kurang
* dah belajar sembahyang berdiri...pelan-pelan
* jalan pun dah boleh jauh-jauh sikit.

ALHAMDULILLAH...

**simpton awalan tu tandanya badan kita bermasalah.jgn risau teruskan dan bykkan minum air.Jgn cepat melatah...dgn menyalahkan produk.

** pulihkan badan anda dgn bekalkan nutrisi yang terbaik...

Sunday, 12 June 2011

KEHABISAN STOK

Huhuhu..hihihi

Sedey ada suke pun ada.
Stok Herbalife dah habis licin kena bt order baru nie..nie gara-gara kenduri arwah kat umah mak le ni..semua org terkezut tgk aku dan hubby dah slim melim dah but still healthy dan cergas..buat keje tak berenti hehehe KONON RAJIN Le tu..

bagus-bagus masing-masing dah ada kesedaran nak sihat.Sama-samalah kita menjaga kesihatan ye..
Kepada pengguna herbalife yg lain SILA TERUSKAN NIAT SUCI ANDA UNTUK DIRI DAN KELUARGA.

u olllss..

PENGGUNA BARU HERBALIFE..
1) nak tahu tak nenek saya yg umur nya dh 80 an pun tergerak hati nak mencuba herbalife ni utk tambah tenaga dan memperbaiki sel dlm bdn dia..Dia perokok tegar adusss...pernah kena strok lagi dan tekanan darah tinggi...skrg tengah pantau dia dgn herbalife ni.Harap-harap ada lah perubahan utk dia.. ciannn dia..

nanti aku amik gambor dia post kat sini.....hihihi..

2) Makcik aku ni umur dah 56 tahun..ada masalah sakit lutut dan kebas-kebas sendi..baru consume herbalife dlm 2 hari.Respon dari dia..
* herbalife sedap tak payah campur susu @ soya pun sedap.(Cappucino)
* minum pagi kenyang smpi tengahari.

nanti aku nk call dia balik apa yg dia rasa ok..

Tuesday, 24 May 2011

chaiiyok chaiiyokkk

Kepada adik ku Iza...tahniah sebab berat badan anda telah turun...
Walaupun sikit tapi tak pe...just fokus untuk kesihatan ok
Pedulikan apa orang lain kata.Jadikan ianya satu cabaran dan sahut lah cabaran tu

Badan dah mula shaping tu..dlm jahat-jahat mulut org yg mengata terselit juga sedikit pujian...
yang penting hubby suka...bagus bagus bagus..

Monday, 23 May 2011

AKU BENCI DGN ORANG YANG CAKAP ...

Kenapa hah dgn dia tu...
Kepada yang lain tolonglah research dulu sebelum ckp Herbalife ni UBAT..
kita nak terangkan benda yang betul dan fakta pun klu pemikirannya dah tertutup
tak guna juga..
Bukan aku suruh ko guna produk nie pun
lantak ko lah nak jd mcm mana pun kan..dah tahu kolestrol tinggi masih bt tak tahu jer..
ko ingat dgn exercise tu ko boleh hilangkan kolestrol dalam darah ko tu...NEHIIIIIIIIIIIIIIIIII

aku dah ckp melalui pemakanan juga..TAK NAK DENGAR SUDAH..NTI KLU LAGI MELARAT AKU TEPUK TANGAN HIHI..JAHAT KE AKU ISHHH TAK BAIK shida...doakan je dia sihat..
SABAR SABAR..SABAR SEPARUH DR IMAN..TARIK NAFAS..LEPAS..

OK Lega dah nie..

kat tang mana ye yg diorang kata ubat tu..aku tak jumpa pun..hanya orang yg dh pernah consume dengan herbalife saje yg tahu khasiatnye...betul tak kengkawan?????

tu lah
malas sgt membaca..opss terlebih sudah.
lantak lah korang nk ckp apa ye..yg penting AKU DAN FAMILY NAK SIHAT..
Kitorang tak nak menyesal kemudian hari..

Wassalam.

BETUL KE NIE??? EH BETUL KE????

Semalam....22 hb mei 2011...
Masa dlm jam 01.20 Tgh hari..tiba-tiba rasa mcm nak .
Nak ke tak nak? nak ke tak nak???
tak pe lah cuba je lah dan berserah..
Pelan-pelan naik pas tu pejam mata..
''''''
''''
Pelan-Pelan buka mata..ye ke ye ke ye ke..
korang nak tahu apa yg jadi tanda tanya tu????
Oh my GOD...55.4kg jeng jeng jeng..

mesti korang bengang kan hihihi.
tapi aku suke..suke sangat2..

Dah nk citer tu je..

Wednesday, 18 May 2011

SAYANG DUIT....BERBALOI KE????

Hari nie nak citer lah pasal sorang member nie..bukan nak mengata tapi nak kongsi-kongsi maklumat..Dia ni obesiti dan hubby dia nie ada kencing manis tahap kronik sebab dah guna insulin..
kisahnya.....

aku syorkan lah dia makan herbalife ni...bila tanya harga jer..boleh dia cakap MAHALNYA.
memaglah mahal kak oii.sebab tu dia bagus..tak pe lah jawabya nk ikhtiar kt tempat lain,,masalahnye dah banyak tempat dia pegi tapi still macam tu jugak hubby dia..kita nie kesian kt dia dgn hubby dia..

Dia sendiri mengaku dah banyak duit berhabis untuk mengubat laki dia..dah tu..APA SALAHNYA MENCUBA KAN...tu lah diorang nie kan fikir duit je...kita pn duit cukup-cukup makan jugak tapi bila kita dh amik HL nie secara tak langsug sebenarnya kita dah jimat dr berbelanja di luar...betul tak?mkn kat luar brp banyak kalori yang kita ambik dah itu tak fikir..

Ermmmmm...entah lah sampai bilalah nak terbuka mind diorang nie..

"TAK SALAH KALAU KITA NAK MENCUBA"
BERBALOI KE DUIT BANYAK TAPI SAKIT SANA SINI FIKIR-FIKIRKAN LAH..

KALAU DAH OBESITI TU TAK KAN NAK TAMBAH XTRA XOBES LAGI KAN???